29 November 2010

Blogku Yang Berhabuk

Dah 1 semester tak update blog... Mcm2 dah berlaku sepanjang 6 bulan ni. Aku dah menamatkan Diploma dengan jayanya dan akan konvo hari Sabtu ni. Skrg sambung Degree dlm jurusan sama di UiTM Shah Alam.

Mungkin ada segelintir yg tertanya-tanya 'Dulu ckp nk smbung oversea. Tgk2 smbung kat UiTM jgk'. Susah utk menjawab soalan ni sbb semua itu adalah rezeki dari-Nya. Memang merancang nk smbung blaja ke oversea. Nk kenal negara org. Nk practice berkomunikasi dgn native speakers. Nk jln2...main snow...shopping. Kan sronok tu..

Aku dah tersalah step.. Aku mohon universiti dulu. pastu ble dpt baru nk apply scholar. Masalah mula timbul ble surat tawaran dari Purdue University sampai kat rmh aku ms aku dah terima twrn masuk ke UiTM. Aku mencari scholar. MARA, JPA, dan yayasan negeri semua xnk ng scholar. Alasan mereka...

MARA : Kerajaan xcukup dana. Byk habis duit utk projek MRSM Felda.
JPA : Boleh bagi tp 1st year kna pakai duit sendiri dulu. Kalau berjaya msk 2nd year br bg.
Yayasan : Kami taja pelajar ke Mesir sahaja.

Apa nk buat....xda rezeki. Memang sgt rugi la turn down the offer. Purdue University tu antara yg terbaik dlm dunia utk program engineering.



Mcm yg aku bgtau td. Aku smbung degree kat UiTM. Menyewa kat Padang Jawa (Sekseyen 17) Shah Alam. Tinggal 7 org. 5 org yg sama mcm di Penang dan ahli baru, Fitri a.k.a Roy seorang God of Game. Rumah sewa ok. Luas dan sejuk. Yang menarik nye. Dapat exercise free. Hari2 nik turun tingkat 5. Mmg menguatkan otok kaki.

Syukur Alhamdulillah....sekali lagi aku mendapat tajaan JPA. Kali ini utk peringkat Ijazah. X sia2 mak aku byr cukai sbb duit tu dpt balik pd aku. Sgt seronok sbb dpt la beli PC. Asyik tumpang main PC member je.. ada PC sendiri sdp sket nk main game.

Suatu pagi yg tenang..waktu aku sedang lena diulit mimpi tiba2 terdengar muzik tema game Super Mario. Owh... ada org call rpnye. Tgh2 mamai aku jwb call tu. Igtkan org salah nmbor ke apa. Bila jwb, org tu tanya "Ini Mohd Firdaus bin Ismail ke?". Aku pon jwb la "Ye". Dia bls "Tahniah ye encik. Saya dari Yayasan Tenaga Nasional. Encik telah ditawarkan biasiswa YTN utk peringkat ijazah". Dari tgh baring, aku bangun sambil genyeh2 mata. "Eh btol ke encik?", aku bertanya utk pastikan yang aku xslh dengar. "Ye, btol. Encik nk terima ke x tawaran ni?",dia bertanya. Aku pon jwb la "Nnt sy pikir dulu ye. Encik, brp ribu YTN bg utk 1 semester?",aku tanya lg. Brader tu jwb "RM XXXX".(Nilai sebenar terpaksa dirahsiakan atas sbb2 tertentu). Lps tu aku bgtau la yg aku nk terima tp dah dpt twrn dari JPA. Brader tu suruh tanya JPA dulu sbb aku dah ada kontrak 5 tahun dgn JPA. Lps tanya JPA, dia ckp xleh sbb kna utamakan twrn dari Kerajaan. Jadi la kontrak aku 11 tahun. Terlepas kontrak keje dgn TNB. Tp xpe, yg penting aku dpt tau yg aku lulus interview hari tu. Huhuhu....

No comments: